INFO PEMBINAAN
MASJID AL-YAAKOBIAH KG MEMBATU
HR al-Bukhari & Muslim: “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
Assalamualaikum w.b.t tuan puan yang dirahmati Allah S.W.T
Terlebih dahulu kami mengucapkan syukur di atas kesudian pihak tuan puan untuk berinfak bagi pembinaan Masjid Al-Yaakobiah, Kg. Membatu ini.
Untuk pengetahuan tuan puan, pembinaan masjid ini adalah untuk membolehkan para penduduk kampung ini untuk menunaikan Solat Jumaat dan aktiviti-aktiviti kerohanian yang berkaitan.
Surau sedia ada di kawasan kampung ini terlalu kecil dan tidak sesuai untuk di jadikan tempat untuk menunaikan solat Jumaat.
Dan dengan pertambahan ahli kariah di kawasan kampung ini, maka kami sedang mengusahakan pembinaan masjid yang lebih besar dan moden untuk kegunaan penduduk kampung di sini.
Pembinaan masjid ini akan di bina di sebuah tapak milik salah seorang AJK Masjid yang telah beliau wakafkan untuk dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Al-Yaakobiah, Kg Membatu.
Masjid Al-Yaakobiah ini akan dibina di atas Lot 14383 yang terletak di Mukim Pangkal Kalong, Daerah Ketereh, Jajahan Kota Bharu, Kelantan
Dana yang diperlukan untuk pembinaan Masjid Al-Yaakobiah ini ialah sebanyak
RM500 Ribu
Dana pembinaan ini merangkumi :
Oleh sebab ketiadaan masjid, penduduk kampung terpaksa ke masjid di kampung lain untuk menunaikan solat Jumaat.
Ini juga menjadikan aktiviti keagamaan dan aktiviti yang melibatkan penduduk kampung yang ramai di kawasan itu terbatas untuk dilakukan .
Penduduk kampung juga mengharapkan dengan terbinanya masjid ini nanti akan dapat diimarahkan dengan kelas-kelas Fardhu Ain, kelas mengaji, kuliah agama dan sebagainya.
Pembinaan masjid ini amat penting kerana ia berada di dalam lokasi yang sangat strategik.
“Kalau boleh, saya nak tengok masjid ini terbina sebelum saya menutup mata.”
Inilah harapan tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan Masjid ini. Oleh itu marilah sama-sama kita merealisasikannya. Insyaallah dengan izin Allah.
Update terkini , 12/10/2025
Alhamdulillah dan terima kasih kepada para dermawan semua.
Dana untuk Pembangunan Masjid Al-Yaakobiah, Ketereh yang telah kami terima daripada Tuan/Puan telah kami gunakan untuk menyiapkan masjid seperti gambar di bawah. Progress pembinaan dah mula masuk fasa akhir pembinaan
Pihak masjid juga akan memastikan tapak binaan (foundation) bangunan masjid akan di bina dalam tempoh masa terdekat.
Kami juga akan update perkembangan terkini kepada Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat penderma sekalian.
Oleh itu kami menyeru, agar para dermawan semua untuk terus istiqomah berwakaf untuk PEMBANGUNAN MASJID AL-YAAKOBIAH untuk melancarkan proses pembangunan masjid ini.
Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada pada penyumbang, setiap minggu pihak masjid akan mengadakan bacaan surah yasin, doa selamat dan tahlil untuk para penderma dan ahli keluarga yang menyumbang untuk pembinaan masjid ini.
Hadis Riwayat Al-Baihaqi: “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, ia membenci akhlak yang buruk.”
Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga.
Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:
Ayuh, mari bersama-sama membantu penduduk Kg Membatu untuk membina Masjid Al-Yaakobiah dengan bersedekah, infak atau wakaf segera
PILIHAN SUMBANGAN
Pakej A : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM500
Pakej B : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM200
Pakej C : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM100
Pakej D : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM50
Pakej E : Sumbangan Dana Wakaf Masjid RM30
ATAU Sumbangan Dana Wakaf Masjid Seikhlas Hati
Salurkan sumbangan anda ke:
Bank : BANK MUAMALAT
Nama : MASJID AL YAAKOBIAH
No Akaun : 0303 0001749 714
Reference : Masjid Al Yaakobiah
Atau boleh terus pilih pakej di bawah untuk menyumbang :
SILA TUNGGU SEBENTAR SELEPAS TEKAN BUTANG SUMBANG DANA.
PIHAK MASJID AKAN WHATSAPP ANDA SEBENTAR LAGI. TERIMA KASIH
Makluman :
Phone : +601156690313
Email : admin@alyaakobiah.com
“Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site alyaakobiah.com is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners”
All Rights Reserved © 2022 | alyaakobiah.com | Privacy Policy